KHIDMAT CETAK PRINT ONLINE|BINA WEB BLOG ECOMMERCE - KG SG KELAMBU|BANTING|KUALA LANGAT|SELANGOR
MUAN MEDIA PRINTING H/P NO : 019-3554977- CETAK KAD BISNES|BANNER|BUNTING|FLYER|TSHIRT|
Thursday, 21 August 2014
Wednesday, 2 July 2014
Friday, 20 June 2014
TEKNIK PEMASARAN PALING SINGKAT DENGAN KUASA BANNER & BUNTING!!!
Salam, Bulan Ramadhan dah nak dekat. Mesti ramai para peniaga dan usahawan berlumba-lumba untuk memasarkan produk-produk berunsurkan makanan yang terdiri daripada kuih-muih, kerepek,kuih raya, pakaian seperti baju kurung Melayu, baju kurung dan apa-apa sahaja yang ada kaitannya dengan bulan Ramadhan dan juga Bulan Syawal (Hari Raya Puasa).
Ramai yang ambil lewa pada jenis pemasaran ini.Jika kena dengan cara dan gaya penyampaian isi kandungan bunting atau banner tersebut dan juga diletak ditempat yang strategik, sangat catchy, pasti BOOM perniagaan tersebut.
Thursday, 29 May 2014
KUASA KAD BISNES SEBAGAI PROMOSI OFFLINE !!!
AKU SENDIRI DAN TERMASUK OTAI-OTAI BISNES KAT MALAYSIA NI YANG MENYOKONG BAHAWASANYA KAD BISNES ITU SANGAT PENTING UNTUK KAEDAH PROMOSI OFFLINE.
Walaupun ada smartphone atau apa-apa gadget yang terkini dan sangat hebat, ia memerlukan kuasa elektrisiti untuk beroperasi. Betul tak? Tapi tidak dengan kad bisnes ni. Sentiasa tersedia ada. Maknanya antara back up terbaik untuk buat promosi ketika tiada handphone,tablet ,bekalan elektrik atau line internet.
Ia mudah disimpan. Ia mudah untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang anda nak bagi. Pasti tak ada siapa pun yang tolak. Sebab kita cuma bagi kad nama bukan nak menjual atau sebagainya.
Bila kad nama kita sudah berada digenggaman bakal pelanggan tersebut, maka kad bisnes tersebut yang akan memainkan peranannya dengan menontonkan isi kandungannya yang terdiri dari:
- Nama Pemilik Perniagaan :
- No Telefon Pemilik Perniagaan :
- Alamat Pemilik Perniagaan:
- Senarai Perniagaan dan Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Alamat Laman Sesawang, Email, Facebook, Twitter dan sebagainya.
Lihat, kita tak perlu sibuk-sibuk menarik orang untuk mengenali perniagaan dan perkhidmatan yang kita tawarkan, tetapi bakal pelanggan itu sendiri yang akan mencari anda.
Masyarakat khususnya di Malaysia pada masa kini agak rimas dan agak menyampah dengan peniaga yang sangat taksub memperkenalkan perniagaan mereka. Mereka lebih suka dihidangkan info secara santai sahaja dan bukan bersifat memaksa.
Subscribe to:
Posts (Atom)